top of page
IMG_0212.JPG

SURAYA A/P DINO

‘Beliau merupakan seorang pelajar Orang Asli yang cemerlang dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Namun, beliau mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan pengajian ke peringkat IPTA. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan mendapat keputusan 7A SPM 2018. Beliau berjaya mendapat tawaran ke UiTM Raub, Pahang dalam bidang Pengajian Perbankan. Bapanya tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan sejak setahun yang lalu dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci sahaja dan pendapatan sebulan hanyalah RM 1000 dan perlu menampung 7 orang isi rumah.’

WhatsApp Image 2019-07-11 at 3.36.06 PM.

SIMSON BIN JAMAL

‘Beliau merupakan seorang pelajar Orang Asli yang cemerlang dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang grafik designer yang berjaya. Namun, masalah kewangan menjadi punca utama bagi beliau untuk meneruskan pengajiannya ke IPTA. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan keputusan yang dimiliki melayakkan beliau untuk menyambung pengajiannya ke Politeknik Muadzam Shah, Pahang dalam bidang Rekabentuk Grafik. Bapanya bekerja mengambil upah mesin jengkaut dan ibunya pula seorang suri rumah. Pendapatan yang diperolehi daripada membawa mesin jengkaut adalah sebanyak RM 1000 sebulan dan perlu menyara 6 orang isi rumah.’

bottom of page